Make your own free website on Tripod.com
uitm
National Income Accounting
Home
Give Your Feedback
Family & Friends
Teaching Philosophy & Experience
Study Tips & Strategies
Favorite Links
Contact Me
Course Rules & Regulations
ECO101
Selected Economic Glossary
SSC351--Improving Office Productivity Through TQM
SSC351--Work Measurement and Work Standards
SSC351--Promotion
SSC351--Managing Human Resources
SSC351--Communicating in the Office
SSC351--Administrative Office System
SSC351--Appraising The Office Worker's Performance
SSC351 Study Guide

AKAUN PENDAPATAN DAN KELUARAN NEGARA

(The National Income and Product Accounts)

Ekonomi memberi fokus ke atas konsep yang boleh diukur perkara-perkara seperti harga beras, harga saham, kadar faedah pinjaman, kadar pertukaran wang, keluaran negara, atau tahap harga. Daripada kesemua ini, ukuran ekonomi yang paling penting ialah Keluaran Negara (National Product). Kita akan pelajari bagaimana mengukur keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau dalam bahasa Inggerisnya Gross Domestic Product (GDP). KDNK ialah nilai dalam Ringgit hasil produk yang dikeluarkan oleh negara dalam tempoh setahun.

KDNK memberi gambaran secara keseluruhan tentang keadaan ekonomi negara. Ini membolehkan Perdana Menteri, ahli-ahli parlimen, dan Bank Negara menilai sama ada ekonomi sedang berkembang atau menguncup; sama ada ekonomi memerlukan suntikan atau perlu dikawal sedikit; dan sama ada kemelesetan atau inflasi sedang mengancam. Tanpa nilai ukuran seperti KDNK, pembuat polisi ekonomi akan hanyut di dalam lautan maklumat yang tidak terurus. KDNK ialah satu petunjuk yang membantu pembuat polisi mengarahkan ekonomi negara ke arah objektif-objektifnya.

Tambahan lagi, perkembangan dalam teori makroekonomi tidak mungkin berlaku tanpa KDNK dan lain-lain ukuran keluaran negara. Ukuran-ukuran ini membolehkan kita menangani isu-isu utama makroekonomi, termasuk perkembangan ekonomi, kitaran perniagaan, hubangan antara aktiviti ekonomi dan pengangguran, dan ukuran serta penentu inflasi.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK): Pengukur Prestasi Ekonomi Negara

Apakah Keluaran Dalam Negara Kasar? KDNK ialah jumlah nilai ringgit kesemua barangan akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara bagi tempoh setahun. Ia adalah jumlah jika kita menghitung dan mencampur dalam nilai ringgit kesemua hasil keluaran negara. KDNK digunakan bagi berbagai tujuan, tetapi tujuan utamanya ialah mengukur prestasi ekonomi negara. KDNK yang tinggi mencerminkan hasil keluaran negara yang tinggi manakala KDNK yang rendah mencerminkan hasil keluaran negara yang rendah.

Dua Kaedah Mengukur Keluaran Negara:

Aliran Produk (Flow-of-Product) dan Aliran Pendapatan (Flow-of-Earnings)

Bagaimanakan ahli ekonomi mengukur KDNK? Terdapat dua cara, iaitu kaedah Aliran Produk dan Kaedah Aliran Pendapatan. Kedua-dua cara ini akan memberi jawapan yang sama.

Kaedah Aliran Produk: Setiap tahun pengguna membeli berbagai barangan siap dan perkhidmatan: Barangan seperti manggis, komputer, basikal, dan roti; perkhidmatan seperti perkhidmatan perubatan, penerbangan, dan hiburan. Kita hanya mengambilkira barangan siap (final goods) sahaja. Ini adalah barangan yang dibeli dan diguna oleh pengguna. Jika dicampurkan nilai dalam ringgit kesemua pembelian barangan dan perkhidmatan ini, maka jumlahnya ialah KDNK. Sebagai contoh, katakan bagi tahun 2002, barangan berikut telah dibeli oleh pengguna. Maka KDNK bagi tahun 2002 ialah RM10299.00 Apabila mengira KDNK melalui kaedah aliran produk, kita menggunakan harga pasaran (market price) apabila membuat pengiraan.

Produk/ Perkhidmatan

Bilangan Unit Yang dibeli

Harga Pasaran Seunit ($)

Perkiraan

(Kuantiti x harga)

Jumlah yang dibeli ($)

Manggis

3

1.00

3 x 1.00

3.00

Komputer

2

5000.00

2 x 5000.00

10000.00

Basikal

1

150.00

1 x 150.00

150.00

Roti

3

2.00

3 x 2.00

6.00

Nasihat Doktor

2

25.00

2 x 25.00

50.00

Tiket Bas KL-KT

3

20.00

3 x 20.00

60.00

VCD Lagu

2

15.00

2 x 15.00

30.00

JUMLAH

10299.00

 

Kaedah Aliran Pendapatan (Earnings or Cost Approach)

Kaedah kedua mengukur KDNK ialah kaedah Aliran Pendapatan atau juga dikenali sebagai Kaedah Kos. Sebagaimana kita sedia maklum, untuk mengeluarkan sesuatu produk, firma perlu membeli faktor pengeluaran daripada isirumah (household). Apabila firma membeli faktor pengeluaran ini, maka pendapatan akan mengalir daripada firma kepada isirumah. Bayaran yang dibuat oleh firma ini merupakan pendapatan kepada isirumah tetapi merupakan kos kepada firma. Contohnya, sekiranya firma membeli tenaga buruh pada kadar RM10.00 sejam, maka pemilik buruh tersebut (isirumah) akan mendapat pendapatan RM10.00 sejam, manakalah bagi firma pula kos buruhnya ialah RM10.00 sejam. Justeru, jika dilihat dari sudut pendapatan atau kos, ia adalah perkara yang sama. Dengan mengukur aliran pendapatan ini, maka kita boleh juga mengetahui KDNK. Perlu diingat bahawa pendapatan adalah hasil dari jualan faktor pengeluaran isirumah kepada firma. Maka, pendapatan yang diterima oleh isirumah ini ada kalanya digelar pendapatan faktor. Pendapatan faktor kepada isirumah ialah sama dengan kos pengeluaran kepada firma. Pendapatan faktor ialah dalam bentuk Sewa (rent) bagi Tanah (land), Upah (wages) bagi buruh (labour), Faedah (interest) bagi modal (capital), dan untung (profit) bagi usahawan (entrepreneur).

Sebagai contoh, katakanlah dalam tahun 2002, Malaysia hanya mengeluarkan satu barangan iaitu sebuah telefon mudahalih yang berharga RM100.00. Untuk mengeluarkan telefon ini, sumber-sumber ini telah digunakan.

Sewa RM30.00

Upah RM20.00

Faedah RM10.00

Untung RM40.00

JUMLAH RM100.00

Maka KDNK ialah RM100.00. Perhatikan bahawa KDNK mengikut kaedah aliran pendapatan ialah sama dengan KDNK kaedah aliran produk iaitu RM100.00 (Harga telefon).

 

KONSEP-KONSEP PENTING

  1. KDNK ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor-faktor pengeluaran milik rakyat tempatan dan rakyat negara asing yang tinggal di Malaysia. Gross Domestic Product (GDP) is the value of all final products and services produced by factors of production owned by Malaysians and by foreign nationals residing in Malaysia.

  2. Dalam sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang mempunyai hubungan ekonomi dengan negara-negara asing, rakyat Malaysia akan menyumbangkan faktor-faktor pengeluaran mereka di luar negara dan menerima pendapatan faktor dari negara luar berkenaan. Sebagai contoh, seorang rakyat Malaysia yang bekerja di sebuah firma di Singapura sebenarnya menyumbangkan faktor pengeluaran Malaysia (buruh) kepada sebuah negara asing. Apabila firma tersebut membayar upah kepada rakyat Malaysia berkenaan, beliau (dan negara) menerima pendapatan faktor. Pendapatan faktor yang diperolehi oleh rakyat Malaysia daripada negara asing akan menambahkan pendapatan negara Malaysia. In an open economy like Malaysia that has economic ties with other countries, citizens of Malaysia will contribute their production factors to other countries and by doing so will receive factor income from those countries. As an example, a Malaysian working in a Singaporean firm actually contributes a Malaysias factor of production (labour) to a foreign country. When the firm pays wages to that Malaysian, he (and Malaysia) receives factor income. Factor income received by Malaysians from foreign countries will increase Malaysias national income.

  3. Rakyat asing juga akan menyumbangkan faktor-faktor pengeluaran milik mereka di Malaysia dan sumbangan ini akan dibayar pendapatan faktor yang akan mengalir dari Malaysia ke negara luar berkenaan. Justeru, bayaran untuk faktor-faktor pengeluaran milik rakyat asing akan mengurangkan pendapatan negara. Foreign workers too will contribute their factors of production to Malaysia and factor income will be paid on these contributions. Payment of such factors to foreigners will flow out of this country. As such, payments for factors of production owned by foreign nationals will reduce national income.

  4. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengambil kira nilai sumbangan keluaran faktor-faktor pengeluaran rakyat tempatan dan rakyat asing yang menyumbangkan faktornya kepada negara. Gross Domestic Product (GDP) takes into account all factors of production provided by both locals and foreigners in the production of goods and services in this country.

  5. Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran milik rakyat Malaysia yang menyumbangkan faktor pengeluaran mereka di dalam dan di luar negara. Gross National Product (GNP) is the final goods and services produced by factors of production owned by Malaysians regardless of whether these goods and services are produced in the country or in another foreign country.

  6. You need to know the difference between GDP and GNP. GDP or Gross Domestic Product is the total value of product and services produced in a country by locals as well as foreigners residing in the country. GNP or Gross National Product is the total value of product and services produced by Malaysians regardless of whether the product and services were produced in this country or elsewhere. GNP = GDP Value of Goods produced by foreigners in Malaysia + Value of Goods Produced by Malaysian in other countries.

  7. Please remember that GNP takes into account the value of factors of production contributed and owned by Malaysians either locally or overseas. It does not consider factors of production contributed by foreigners to the country.

  8. GDP = Value of all products and services produced in Malaysia.

    KDNK = nilai produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam Malaysia.

    GNP = Value of all products and services produced by Malaysians.

    KNK = Nilai produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia.

    Pendapatan faktor ialah pendapatan yang diperolehi hasil dari jualan faktor pengeluaran. Faktor pengeluaran milik kita ini boleh dijual di dalam atau ke luar negara. Factor income is the income received when we sell our factors of production. These factors can be sold to local (Malaysian) or foreign firms.

    Pendapatan faktor dari luar negara ialah pendapatan faktor yang diperolehi oleh rakyat Malaysia hasil dari jualan faktor pengeluaran milik kita kepada negara luar. Manakala pendapatan faktor ke luar negara ialah pendapatan faktor yang diperolehi oleh rakyat asing hasil dari jualan faktor pengeluaran milik mereka kepada negara kita. Factor income from foreign countries is the factor income received by Malaysians from the sale of factors of production to these foreign countries. While factor income to foreign countries is the income received by foreign nationals who sold their factors of production to Malaysia.

    Pendapatan faktor dari luar negara menambah pendapatan negara kerana ia adalah pendapatan yang mengalir masuk, manakala pendapatan faktor ke luar negara mengurangkan pendapatan negara kerana ia adalah pendapatan yang mengalir keluar. Factor income from foreign countries will increase national income because it is income that flows into the country, while factor income to foreign countries will decrease national income because it is income that flows out of the country. Here is a simple example: If a Malaysian engineer works in a Singaporean firm, then the salary he receives is income that flows into our country. On the other hand, if a factory in Malaysia employs Vietnamese workers, the wages paid to these workers are income that flows out of the country.

    Perbezaan di antara faktor dari luar negara dan faktor ke luar negara ialah pendapatan faktor bersih dari luar negara. Pada lazimnya, negara-negara maju seperti Jepun dan America mempunyai nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara yang positif kerana lebih banyak membuat pelaburan di luar negara. Oleh itu, KNK sentiasa melebihi KDNK di negara-negara maju tersebut. The difference between factor income from foreign countries and factor income to foreign countries is nett factor income from foreign countries. Usually, developed countries like Japan and the United States have positive nett factor income from foreign countries because they made more investment outside their respective countries (the sold more of their factors of production to other countries). Because of this, their GNP is usually higher than their GDP.

  9. Apakah perbezaan antara Keluaran Negara Kasar (KNK) dan Keluaran Negara Bersih (KNB)? Sebagaimana diterangkan di atas, KNK ialah hasil keluaran produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia dengan menggunakan faktor pengeluaran milik kita tanpa mengira samada keluaran tersebut dilakukan di dalam atau diluar negara. Asalkan ianya dikeluarkan oleh rakyat Malaysia, maka ianya dimasukkan di dalam kiraan KNK. Dalam usaha mengeluarkan sesuatu produk, kita akan menggunakan barang modal (capital). Barang-barang modal ini tidak dijual tetapi digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barangan lain. Sebagai contoh, barang modal yang digunakan oleh sebuah kilang papan ialah mesin pemotong balak. Barang modal yang digunakan akan tersusut nilainya kerana lebih lama ia digunakan lebih menurunlah nilainya. Sebagai contoh, mesin pemotong balak yang dibeli pada harga RM500,000 lima tahun lepas sudah pasti mempunyai nilai yang lebih rendah hari ini kerana berkemungkinan besar ianya telah haus atau terdapat komponen-komponennya yang rosak atau tidak boleh berfungsi dengan baik. KNK yang ditolak susutnilai akan memberi kita KNB. KNB juga dikenali sebagai Pendapatan Negara (National Income) yang menunjukkan daya pengeluaran dan keluaran negara yang sebenarnya. Let us now look at the difference between Gross National Product (GNP) and Nett National Product (NNP). As explained above, GNP is the output of goods and services produced by Malaysians using Malaysian factors of production regardless whether these goods and services are produced in the country or elsewhere. As long as these are produced by Malaysians, then they are included in our GNP. In our quest to produce any products, we will use capital equipment. These equipment are not sold to consumers but are used to produced other products. For example, capital equipment used by sawmills are log cutting machines. These capital equipment will depreciate in value over time. As an example a log cutting machine bought at RM500,000 five years ago definitely has a lower value today because of wear and tear. GNP minus depreciation will give us Nett National Product (NNP). NNP is also called National Income and it shows the actual productivity level and national output.